Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 April 2014

Wardina Mengaku Sudah Mohon Maaf Dengan Ust Don


KUALA LUMPUR: “Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera,” tulis pengacara Wardina Safiyyah di facebooknya kelmarin.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua dan berharap semoga Allah menunjukkan kepadanya jalan yang baik dan benar.

Berikut adalah coretan beliau menerusi facebook 21 April :
Terima kasih semua. Semoga Allah tunjuk kan saya jalan yang baik dan benar. Betapa lemah nya saya. Betapa banyak nya dosa saya. Ibadah pun tak sempurna. Sunnah pun belum habis semua nya. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan saya. 

Semoga Allah ampunkan kita semua nya. Ya mungkin saya tak sesempurna ahli syurga. Tetapi saya tetap mengharapkan syurga. ..bimbinglah saya... sesungguhnya saya penuh dengan ketidaksempurnaan...

Memang banyak yang saya tak tahu. Banyak betul. Maafkan jika ayat saya tidak tepat dan seolah menghina...

Ustaz Don penuh ilmu... Siapa saya untuk mengaibkannya? Ya penjelasan ustaz semalam sudah. Kesemua ustaz dah jawab. Hanya Allah yang lebih tahu segala nya... Hanya Allah yang lebih tahu.

Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera. Ini post terakhir saya. Saya akan menyerahkan account ini ke Admin.

Saya tidak akan lagi update status buat beberapa waktu. Saya juga tidak akan membaca komen anda. Maaf. Segalanya selepas ini saya pertanggungjawabkan kepada ADMIN WSOP sahaja.Hrkh

1 ulasan:

Unknown berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Dah lama saya dan keluarga saya boikot ceramah Ustaz Don kerana merapu bertempat bab agama

Khas buat Sister In Islam Pn Wardina , kekadang menegak benang yang basah adalah lebih baik ( elok) dari biarkan ianya tidak lurus . Ustaz Don pun bukan lah insan maksum seperti Nabi SAW .
Apa apa pun Pn Wardina komen puan membuka minda para ilmuan Islam .
Uraian saya pula seperti di bawah ini

Sikap obses atau taksub sama ada kepada mazhab, bangsa, kabilah, bahasa atau negeri seperti hadis yang direka oleh Makmun bin Ahmad al Harawi yang dengki dengan perkembangan pengikut Imam Syafi’i iaitu “Akan ada dikalangan umatku seorang lelaki yang dipanggil Muhammad bin Idris. Dia memberi mudharat kepada umatku lebih daripada iblis. Akan ada pula seorang lelaki dikalangan umatku dipanggil Abu Hanifah. Dia adalah lampu yang menerangi umatku, dia adalah lampu umatku”.

5. Untuk kepentingan dan keuntungan peribadi seperti:
a. Untuk mendekatkan diri dengan raja dan pemerintah.
b. Golongan pencerita atau penceramah.
c. Untuk melariskan barangan jualan.

Mencipta hadis palsu atau mereka-reka hadis, hukumnya adalah HARAM berdasarkan hujah-hujah daripada al Quran dan hadis. Antaranya ialah dalam firman Allah dalam surah al An’am ayat 144 maksudnya
Dan dari unta dua ekor (sepasang jantan betina), dan dari lembu dua ekor (sepasang jantan betina). Tanyalah (wahai Muhammad): "Adakah yang diharamkan Allah itu dua jantannya atau dua betinanya, atau yang dikandung oleh rahim dua betinanya? Ataupun kamu ada menyaksikan ketika Allah menyuruh serta menentukan kepada kamu (atau kepada datuk nenek kamu) dengan yang demikian ini?" Oleh itu, siapakah yang lebih zalim daripada orang yang berdusta terhadap Allah untuk menyesatkan manusia dengan tidak berdasarkan ilmu pengetahuan? Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim

And two of camels and two of cows. Say : Has He forbidden the two males or two females or that which the wombs of two females contain? Or were you witnesses when Allah enjoined you this? Who , then, is more unjust than he who forges a lie against Allah that he should lead astray men without knowledge? Surely Allah does not guide the unjust people

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....