Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 17 Januari 2012

Exco Selangor : Dr Rani Ganti Hasan Ali ???

KUALA LUMPUR, 17 Jan — PAS Selangor menegaskan Dr Abd Rani Osman tidak mempunyai sebarang masalah dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga boleh menjejaskan peluang dilantik sebagai exco kerajaan negeri yang baru menggantikan Datuk Dr Hasan Ali.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata selama ini hubungan parti Islam itu dengan pihak Istana baik malah Abd Rani selaku pesuruhjaya negeri juga sentiasa menjaga baik hubungan itu.

“Kita menghormati pihak Istana dan hubungan kita baik...tiada masalah langsung, selain itu kita tidak pernah ada sebarang masalah dengan Istana dan tiada isu antara pimpinan PAS Selangir dengan pihak Istana.

“Malah pandangan yang dikemukakan Dr Abd Rani (gambar) juga tiada masalah, hubungan dengan Istana sentiasa dijaga dan saya rasa isu ini sengaja ditimbulkan untuk mempengaruhi pihak Istana (dalam membuat keputusan),” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Utusan Malaysia hari ini bahawa Abd Rani berkemungkinan menghadapi kesukaran untuk mendapat perkenan Sultan Selangor bagi dilantik sebagai exco berikutan pertikaiannya berhubung isu tauliah mengajar selain kritikan beliau terhadap pengagihan bantuan zakat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kepada kerajaan negeri Perlis.

“Itu hanya cakap-cakap orang di bawah, kita minta cerita atau spekulasi yang ditimbulkan ini dihentikan...kita serahkan kepada menteri besar dan Tuanku untuk membuat penilaian,” tambah Mohd Khairuddin.
Selain itu, beliau menambah PAS Selangor sebulat suara mencadangkan Abd Rani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru untuk menggantikan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat keanggotaannya.

“Kita (PAS Selangor) sebulat suara mencadangkan pesuruhjaya (Abd Rani) untuk menggantikan Dr Hasan dan setakat ini kita lihat tiada masalah dengan cadangan itu.“Kita hanya berikan satu nama sahaja kepada kepimpinan PAS pusat, tapi kita masih belum dapat sebarang maklumat terbaru daripada PAS pusat dan juga menteri besar,” katanya.

Pelantikan exco yang bakal menggantikan Hasan akan diumumkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim esok yang akan diadakan serentak dengan upacara mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.Abd Rani menjadi pilihan untuk menggantikan Hasan yang sebelum ini memegang jawatan Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Selain mengatakan peluang Abd Rani akan terjejas, Utusan Malaysia juga mengatakan Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi disebut-sebut akan menggantikan kekosongan ditinggalkan Hasan.Mohd Khairuddin berkata Sultan Selangor akan menilai dan membuat keputusan terbaik dalam melantik exco yang baru.

“Kita yakin Tuanku akan menilai dengan baik dan membuat keputusan yang tepat,” katanya.Hasan dipecat keanggotaannya pada 8 Januari lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.

Beliau dilihat tidak akan mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama walaupun diberikan tempoh 30 hari sehingga 7 Februari depan.Hasan merupakan Adun Gombak Setia.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Pada pandangan aku Dr Rani akan gantikan Hasan Ali sebagai Exco Selangor.Kenapa ?? pertamanya beliau merupakan pemimpin tertinggi Pas di Selangor yang sudah tentu diberi keutamaan oleh Pas Pusat dalam membuat keputusan ini.

.Keduanya,Pas Selangor hanya menghantar nama beliau kepada Pas Pusat untuk dipertimbangkan,dan mendapat sokongan sebulat suara.Apa apa pun tunggu je pengumuman rasmi esok...

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....