Ahad, 4 April 2010

PRK Hulu Selangor:Pakatan Sangsi Kewujudan 2561 Pengundi Baru

SHAH ALAM, 4 April — Pakatan Rakyat (PR) sangsi dengan kehadiran lebih 2,500 pengundi baru yang direkodkan dalam tempoh dua tahun lalu sejak pilihan raya umum Mac 2008 sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “ajaib dan luar biasa.”
Sehubungan itu, Pengarah Pilihan Raya Selangor Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdullah Sani Abdul Hamid berkata pihaknya juga terkejut dengan perkembangan tersebut walaupun tidak menafikan parti-parti politik terlibat dalam kerja-kerja mendaftar pengundi baru.
“Kami pun tidak tahu dari mana datangnya angka ini (lebih 2,500 pengundi baru)... ini sesuatu yang ajaib, luar biasa. Kami akan mendapatkan penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

PAS Selangor Yakin Pakatan Menang PRK Hulu Selangor




Sidang Media Exco Kerajaan Selangor merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor di MTT pada 3 April, 2010 selepas ceramah sempena sambutan MaulidurRasul